Sunday, 19 April 2015

RASUAH DI MALAYSIA SEMAKIN TERKAWAL!

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Seorang pakar antarabangsa berpendapat
masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui
pelaburan yang terus meningkat.
Michael Hershman, pengasas bersama Transparency International (TI), sebuah
badan bukan kerajaan yang memantau dan memberi publisiti tentang amalan rasuah
dalam badan korporat serta politik antarabangsa, berkata pelaburan tidak akan
berkembang di negara yang dikuasai rasuah.
"Rasuah menghalau pelaburan dari sesebuah negara. Tetapi, Malaysia mendapat pujian sebagai sebuah negara yang bersifat mesra dengan negara lain dalam menjalankan perniagaan," katanya dalam sesi temu bual di sini.
Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tangga ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada 178 negara, dengan memperoleh 70.8 mata. Menurut laporan itu, mata yang diperoleh Malaysia meningkat 1.2 sejak tahun lepas, dengan kadar penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah,
kebebasan untuk berniaga dan kebebasan untuk berdagang, mengatasi kemerosotan
dari segi kebebasan buruh dan pengurusan perbelanjaan kerajaan.
Sambil menegaskan bahawa tiada negara yang bebas sepenuhnya daripada rasuah,
Hershman berkata masalah rasuah bukan berpunca daripada kerajaan semata-mata,
dan oleh itu, rakyat perlu berhenti daripada menyalahkan kerajaan.
"Memang mudah untuk menyalahkan kerajaan, 'mereka selalu dianggap sebagai
pihak yang jahat', tetapi rasuah tidak akan wujud jika manusia tidak terlibat
dengannya. Oleh itu, daripada bertanya apakah yang patut kerajaan lakukan,
eloklah kita bertanya diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan untuk
memerangi rasuah.
"Masalahnya ialah berapa ramai yang bersedia berkata 'tidak' kepada rasuah,"
katanya ambil menjelaskan bahawa terdapat laporan bahawa orang ramai keberatan
untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang amalan rasuah.
Hershman bagaimanapun memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana menyediakan talian khas untuk orang ramai membuat laporan kerana langkah itu membuat mereka lebih yakin untuk tampil memberi maklumat.
Beliau mengesyorkan agar Malaysia mendidik rakyatnya sejak di peringkat
sekolah rendah lagi tentang usaha memerangi rasuah untuk membebaskan negara ini daripada perbuatan keji itu.
"Anak-anak kita perlu dididik tentang perbezaan antara perkara betul dan
salah kerana rasuah tidak boleh dihapuskan semata-mata dengan menjatuhi hukuman penjara, tetapi dengan mendidik masyarakat dan mencegah mereka daripada melakukannya," kata beliau.
-- BERNAMA


Saturday, 18 April 2015

Mahathir...

Veteran DAP leader says all hands needed to save Malaysia from catastrophe.

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang has expressed willingness to work with Dr Mahathir Mohamad if that was what it took to “save Malaysia” from turning into a failed state.
He is the second politician in recent days to have spoken of linking up with Dr Mahathir. On Friday, former law minister Zaid Ibrahim suggested that Dr Mahathir join forces with jailed opposition leader Anwar Ibrahim to oust Najib Razak as prime minister and Umno president.
Under Zaid’s plan, another of Mahathir’s former rivals, Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah, would be nominated to be interim prime minister until the next general election, due by 2018.
In a speech to Malaysian students in Cairo today while on a Middle East tour with party stalwarts, Lim renewed his campaign for a new Grand Coalition of politicians from across the aisle and from both sides of the South China Sea to take power.
He said one of the first priorities would be to free Anwar from a five-year jail sentence on a sodomy charge.
Lim also spoke about remark by former information minister Zainuddin Maidin that Dr Mahathir himself might face jail, and not just Najib Razak, should the opposition Pakatan Rakyat coalition take power at the next general election, as Dr Mahathir has warned.
Dr Mahathir, campaigning for the ouster of Najib, had said Umno faced certain defeat if Najib was still at the helm then.
Lim said he did not know what Zainuddin meant, but “he appeared to be privy to many skeletons in Mahathir’s cupboard”.
He said that a Grand Coalition was necessary to restore constitutional rule and the rule of law in Malaysia.
Both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional faced unprecedented divisions, which had threatened the Malaysian federation as well. That was why he had called on politicians of all sides to form a the Grand Coalition and “restore Malaysia’s greatness”.
“For this formidable task, we must be prepared to put our differences aside and concentrate all our energies on one common agenda, to save Malaysia from all centrifugal forces to tear the country asunder,” he said. He was prepared even to work with Mahathir in order to save Malaysia, he said.

Tuesday, 14 April 2015

Nasihat Faekah kepada Wan Azizah

Mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh serta Kajang dan kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.
Nasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.
“Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi,” katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.
Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.
Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.
Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.
Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.
Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.
Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu. Difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.~sumber FMT


Ngeri! Kecuaian Menyebabkan Seorang Lelaki Putus Kaki

Kapit – Kecuaian seorang juragan menyebabkan seorang lelaki putus kaki kiri akibat tersepit di antara tali besi kapal dan kayu penghadang jeti di Nanga Mujong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Fredrick Langkan Lawrence, 21, bersama seorang rakan sekerja mengarahkan juragan supaya tidak menggerakkan kapal dari kawasan jeti, namun tidak dipedulikan sehingga menyebabkan kejadian berlaku.

Sumber berkata, Fredrick cuba mengalihkan tambatan tali besi ketika juragan mengalihkan kapal berkenaan, malangnya kaki mangsa tersepit sehingga terputus selepas juragan terbabit enggan memberhentikan kapal dari terus bergerak.

Menurutnya, dua anak kapal yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

“Sebelum itu, mangsa bersama anak kapal menjerit dan memberi isyarat tangan supaya juragan tidak menggerakkan kapal, tetapi tidak diendahkan.-HM


APA ITU POTA?...

APA ITU POTA?


POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan.


POTA juga terpakai apabila aktiviti keganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001.

Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann  PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN.


POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai.


Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas terlebih dahulu, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganas, kemudian bila nasi sudah menjadi bubur, baru hendak ambil tindakan? Ini kerana di dalam kes pengganas, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas faktor2 teknikal.

Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2.

Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review).

dan

Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM.


Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar.

Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.


Memandangkan POTA adalah undang2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi.

Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukannya undang2 punitif(bersifat menghukum).

Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bukan seperti Penjara Alcatraz di Teluk San Francisco yang menahan penjenayah terkenal Al-Capone. Sebaliknya para Tahanan akan ditempatkan di satu Pusat Tahanan Khas.

Saya menyeru agar tuan/puan menyebarkan tentang perkara ini memandangkan terlalu banyak maklumat palsu mengenai undang2 ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Harus diingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu yg boleh mencetuskan kegemparan awam di mana2 platform media sosial adalah satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan undang2 dibawah undang2 sedia ada termasuklah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Undang2 ini digubal bagi menjamin keselamatan anak cucu generasi akan datang. Janganlah disebabkan kekurangan kita dalam memahami sesuatu perkara, natijahnya ia menjejaskan masa depan anak cucu kita. Kita bertanggungjawab dalam mencorak dan menyediakan masa depan yang lebih selamat kepada generasi akan datang. Wallahualam.....



[POTA = ISA???]


1. POTA atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 adalah satu undang2 pencegahan yang digubal oleh Kerajaan untuk menangani mana2 individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan keganasan.


2. Akta ini bukan utk menghukum tapi untuk menahan sebagai pencegahan dan seterusnya memulihkan melalui Program Pemulihan yg dianjurkan oleh Kementerian dgn kerjasama pihak polis, penjara, Jakim dan agensi2 Kerajaan yg lain.


3. POTA adalah berbeza dgn ISA kerana POTA hanya akan digunakan terhadap pengganas. Tak boleh tangkap sebarangan.


4. POTA tak boleh di samakan dgn ISA. Antara perbezaan paling ketara adalah:


- Perintah Tahanan utk ISA adalah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri sedangkan POTA dikeluarkan oleh sebuah Lembaga yg bebas yg mana ahli2 Lembaga tersebut dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. So, utk POTA menteri tiada kuasa langsung utk keluarkan sebagai Perintah atau arahan.

- sebelum seseorang individu dikenakan Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan, mereka perlu melalui tempoh tahanan utk siasatan polis atau juga dipanggil tahanan reman. Jumlahnya ada 60 bagi ISA dan POTA. Tetapi ianya berbeza kerana ISA totally kuasa polis utk menahan direct 60 hari sebelum Menteri keluarkan Perintah Tahanan atau Sekatan tadi. Manakala POTA perlu dibawa ke Mahkamah Majistret utk perlanjutan tempoh reman. So...sangat berbeza,bukan?

Seperkara lagi, jika ISA, sabjek tidak boleh jumpa keluarga sedangkan POTA boleh jumpa keluarga atau waris kadim dalam tempoh tahanan utk siasatan polis atau reman tadi.

Finally, ISA selepas tahanan reman 60 hari oleh kuasa polis, Menteri akan keluar order. Sedangkan POTA dah lah bukan Menteri yg keluarkan Perintah atau order tetapi sebuah Lembaga yg bebas, bahkan seorang pegawai inkuiri akan menjalankan inkuiri atau siasatan utk membuat recommendation samada sabjek ada terlibat atau tidak. Harus diingat bahawa Pegawai Inkuiri itu tidak boleh dilantik dikalangan anggota polis tetapi mereka adalah terdiri dari pegawai skim L iaitu Perundangan. So dapat dilihat betapa telusnya POTA ini dan tiada isu mengapa POTA ini perlu disamakan dgn ISA.


Monday, 13 April 2015

SAMM BUAT REPORT POLIS KEATAS TUN M ATAS DAKWAAN MENGHASUT!!!

Polis akan siasat Tun M
FMT Reporters | Apr 13, 15 5:09pm
Tun M tidak kebal dan boleh diambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi jaminan akan bertindak terhadap laporan Polis yang dibuat berhubung tindak-tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun mempunyai rekod cemerlang sebagai pemimpin yang disegani, ia tidak bermakna bekas Perdana Menteri itu kebal di sisi undang-undang.
“Bila ada laporan, polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Tidak ada orang yang boleh terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang,” tekannya kepada pemberita di perkarangan Dewan Negara.
Pada 8 April lalu, Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia SAMM membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Dr Mahathir atas dakwaan menghasut.
Ia berkaitan kenyataan Dr Mahathir yang mempertikai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pembabitannya dalam pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

PERKAHWINAN PALING MEWAH DIDUNIA...

Majlis Perkahwinan Pengiran Muda Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah yang dihadiri pemimpin dan orang kenamaan mendapat liputan meluas.


BANDAR SERI BEGAWAN: Perkahwinan anaknda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah mendapat perhatian masyarakat dunia.
Selaku putera kepada pemegang status Raja Terkaya Di Dunia, majlis berkenaan berlangsung selama tujuh hari tujuh malam dan diadakan dengan penuh gilang gemilang.
Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 5 April lalu menjadi pembuka tirai majlis perkahwinan diraja yang disusuli beberapa majlis lain, sehingga pasangan berkenaan di akad nikah pada 9 April.
Kemuncak perkahwinan berkenaan, diadakan pada 12 April lalu, di mana Pengiran Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah disandingkan dalam Majlis Istiadat Bersanding Diraja yang diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan yang dihadiri ribuan jemputan.
Putera Abdul Malik adalah anaknda keenam Sultan Hasanal melalui perkahwinan Baginda dengan Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Daily Mail melaporkan majlis persandingan Pengiran Abdul Malik dan pasangannya berusia 31, dan Dayangku Raabiatul Adawiyah, 22, diadakan dengan penuh kemewahan dan diibarat seperti di lautan emas di mana pengantin perempuan berpakaian dengan penuh hiasan batu permata.
Pasangan berkenaan tampil dalam beberapa persalinan berjenama tersohor dunia bersama rekaan barang kemas yang bergemerlapan.