Peguam Datuk Hazman Ahmad memaklumkan perkara berkenaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman ketika kes itu disebut di dalam kamarnya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.
Peguam Datuk Hazman Ahmad menarik diri daripada mewakili bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita Mongolia itu.
Hazman memaklumkan perkara berkenaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman ketika kes itu disebut di dalam kamarnya hari ini.
Ketika dihubungi pemberita, peguam itu memberitahu keputusan untuk menarik diri dibuat berikutan beliau tidak mendapat arahan daripada Azilah berhubung kes saman itu.
Bagaimanapun, Hazman berkata Suraya meminta beliau mengemukakan permohonan untuk menarik diri secara rasmi pada tarikh pengurusan kes saman itu pada 29 Mei. Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh, yang mewakili keluarga Altantuya, memberitahu pemberita mahkamah memerintahkan pihaknya memfailkan permohonan bagi membuat pindaan ke atas pernyataan tuntutan anak guamnya.
"Mahkamah arahkan pihak kami failkan permohonan selewat-lewatnya 28 Mei sebelum tarikh pengurusan kes pada 29 Mei ini," katanya.
Selain Ram dan Hazman, peguam C.F. Kwan hadir bagi pihak penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar hadir bagi pihak kerajaan Malaysia.
Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan ibu wanita Mongolia itu, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan RM100 juta.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.
Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah, serta menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Dalam kenyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar manakala cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.
Keluarga itu mendakwa Abdul Razak bersubahat dengan kedua-dua anggota polis terbabit untuk membunuh Altantuya.
Keluarga Altantuya mendakwa akibat daripada perbuatan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu serta satu-satunya pencari nafkah untuk mereka. – Bernama
Thursday, 23 April 2015
Peguam Azilah tarik diri kes saman RM100 juta keluarga Altantuya !!
BERANI DILUAR DIDALAM KECUT?!!!
Lantang pertikai 1MDB, GST tetapi menikus di Parlimen !!!
KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang sebenarnya tidak ada niat untuk mengetahui kebenaran terhadap sebarang kritikan yang dilemparkan kepadaMP kerajaan, kata Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.
Sebaliknya, tambah beliau, tindakan mereka itu adalah lebih kepada usaha menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan, lapor UMNO Online.
Menurut beliau, apa saja isu yang dilontarkan atau yang diprovokasikan oleh pembangkang kepada rakyat berhubung tindak-tanduk kerajaan telah pun diperjelaskan oleh kerajaan baik di dalam Parlimen, di media arus perdana mahu pun di dalam media sosial.
“Sebagai contoh, ketika Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Husni Hanadzlah menerangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung dengan 1MDB dan juga GST, tetapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membangkitkan perkara ini tidak ada dalam dewan. Seolah-olah nak lari dari kebenaran,” katanya.
Selama ini, tambah Othman, Rafizilah yang lantang mempertikaikan 1MDB dan GST dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan.
“Tetapi bila kita bagi penjelasan dia pula tak masuk dewan. Bahkan, tidak ada mana-mana ahli parlimen PKR yang bangkit bertanyakan soalan selepas penjelasan Datuk Seri Husni.
“Sebab itu saya katakan, mereka ini bukanlah mahukan kebenaran daripada isu-isu yang dibangkitkan tetapi ia hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan persepsi negatif rakyat kepada kemampuan kerajaan untuk mentadbir negara,” jelasnya kepada UMNO-Online Selasa.
Jelas Othman, inilah sikap pembangkang yang mana apabila kerajaan memberikan penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan, mereka akan cuba mencari isu lain untuk menyerang kerajaan dan UMNO.
Justeru, rakyat di negara ini harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dulu sebarang maklumat dan isu yang ditimbulkan oleh pembangkang khususnya di dalam dunia media sosial hari ini, ujarnya.
“Apa yang mereka dakwa itu bagi saya tidak lebih hanyalah sebagai propaganda penipuan politik yang cuba mengkaburi pemikiran rakyat di bawah. Mereka cuba memperbodohkan rakyat demi kepentingan politik mereka.
“Golongan ini saya lihat tidak teragak-agak untuk memanipulasikan sebarang maklumat yang boleh mencemarkan imej kerajaan biarpun maklumat itu tidak mempunyai bukti yang sahih dan fakta yang betul. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk wujud persepsi negatif terhadap kerajaan. Soal kebenaran jatuh nombor dua,” tegasnya.
Posted via Blogaway
Wednesday, 22 April 2015
7 SUNNAH NABI SAW YANG LAYAK DIHIDUPKAN .
Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
➖➖➖➖➖
Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah.
Kedua:
➖➖➖➖➖
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat..
Ketiga:
➖➖➖➖➖
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
➖➖➖➖➖➖
Jaga sholat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha. Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
➖➖➖➖➖
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat ganda.
Keenam:
➖➖➖➖➖
Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia yaa Allah”.
Ketujuh:
➖➖➖➖➖
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga memberi manfaat pada semua.
~kredit utk sahabat saya tuan johazair yg bg info ini.
Empat Cadangan Penambahbaikan Skim
KWSP Lancar Rundingan Untuk Empat Cadangan Penambahbaikan Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan rancangan rundingan ahli untuk empat penambahbaikan utama terhadap skim KWSP.
Keempat-empat inisiatif tersebut adalah:
• Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan sedia ada;
• Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan;
• Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun; dan
• Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.
Cadangan tersebut adalah untuk menangani isu-isu berkaitan ketidakcukupan simpanan persaraan di kalangan ahli KWSP dalam jangka panjang. Mengikut statistik KWSP, 78 peratus ahli aktif KWSP pada umur 54 tahun tidak mencapai simpanan asas mereka iaitu RM196,800 dan 68 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.
Semasa taklimat, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP menggunakan kaedah perundingan untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli mengenai cadangan tersebut. Ini juga merupakan platform yang baik untuk ahli memahami isu dan cabaran berkaitan persaraan mereka.
“Berkenaan isu semasa mengenai penyelarasan umur pengeluaran dengan umur persaraan, ahli akan diberi dua cadangan untuk pertimbangan. Cadangan pertama adalah untuk menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada umur 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun. Pilihan secara berperingkat ini telah diperkenalkan di negara lain yang menghadapi situasi yang sama. Cadangan kedua adalah untuk mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas umur 55 tahun.”
“Selain itu, ahli KWSP juga diminta memberikan pendapat mereka mengenai cadangan memperkenalkan caruman tambahan bagi ahli yang mempunyai gaji di bawah paras gaji minimum bulanan. Cadangan ini bertujuan menangani isu yang dihadapi sebahagian besar pekerja yang dibayar caruman rendah daripada amaun caruman berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan.”
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cadangan dan pilihan di laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) mulai Selasa, 21 April 2015. Ahli KWSP boleh memberikan pandangan dan komen berkaitan cadangan dan pilihan ini melalui i-Akaun.
“Melalui i-Akaun, kami boleh menjamin keselamatan penerimaan maklumat daripada ahli KWSP yang menyertai rundingan tersebut. Ia juga membolehkan kami mengumpul maklum balas secara teratur dan memastikan proses integriti dipatuhi.
“KWSP ingin menjelaskan bahawa setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai cadangan tersebut dan kami amat menggalakkan ahli menyertai rundingan ini kerana maklum balas mereka adalah sangat penting terhadap KWSP,” tambah Datuk Shahril.
Tuesday, 21 April 2015
PAS PERTARUHKAN CALON MUDA VS OTAI UMNO DI PRK ROMPIN
ROMPIN - Dua anak tempatan, masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pas, bersaing untuk meraih kepercayaan 53,294 pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei ini.
Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin, mewakili BN, dan muka baharu daripada Pas, Nazri Ahmaf, disahkan layak bertanding untuk mengisi kerusi Parlimen Rompin yang kosong berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.
Kedua-dua mereka disahkan layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh selepas selesai proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Hasan, 62, anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong di sini, bukan nama asing di kalangan penduduk Parlimen Rompin, kerana pernah menjadi Adun kawasan Tioman dan Bukit Ibam, yang merupakan antara tiga Dun di bawah Parlimen Rompin, selama empat penggal bermula 1990.
Selain itu, beliau pernah menjadi exco kerajaan negeri Pahang dan timbalan menteri besar Pahang dari 1995 hingga 1999.
Lulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya ini mula melibatkan diri dalam politik apabila menyertai Umno pada 1976, dan dua tahun kemudian dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan selain pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Pekan pada 1984.
Pada 1986, beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno Rompin dan pada 1990 pula dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Rompin sehingga 2004.
Sementara itu, Nazri, 40, pula merupakan anak peneroka Felda Keratong 5 dekat sini, dan kini Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang.
Beliau dilaporkan dipilih sebagai calon Pas kerana telah melepasi tahap yang ditentukan Majlis Syura Ulamak Pas dan peringkat akar umbi parti itu.
Penglibatan Nazri dalam dunia politik bermula pada 2005 apabila dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Rompin.
Bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah itu adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir. - Bernama
APAKAH GST YANG SEBENARNYA?
GST YANG SEBENARNYA.
Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP, Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin menzalimi rakyat di negara masing2 itu?
Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini) dan juga negara2 maju.
Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.
Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.
SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.
Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!
Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat & negara:
1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat & boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.
2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.
3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan / penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah 30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn GST "the shadow economy" ŵini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan cukai??
4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang tidak setuju kpd langkah yg baik ini?
5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat & belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.
6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong & peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.
7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga barang jadi lebih patut?
8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan, diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd rakyat.
9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan & perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8 & 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai diturunkan?
10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg laksanakan GST/VAT.
Namun jika GST baik mengapa harga barang naik? Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yg sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka suka "sabotaj" ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.
Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165 Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600 cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang. Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga barangan.
Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK & Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn perlindungan rakyat & pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah negeri utk percepatkan perbicaraan.
Denda & penjarakan mereka yg mengambil kesempatan dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%. Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih, melapor & memboikot peniaga yg degil.
Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam, rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.
Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.
Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.
GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada 30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam. Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.
Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik drpd SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.
Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita drpd telefon pintar dll di alamat:
www.gst.customs.gov.my
www.gstmalaysiainfo.com
www.gstpedia.my
www.treasury.gov.my
www.kpdnkk.gov.my
sumber info:
YB DATO' AHMAD MASLAN
TIM.MEN.KEWANGAN MALAYSIA
Sunday, 19 April 2015
Mana perginya wang 1MDB???
Mana perginya wang 1MDB???
"Saya cuma tanya, mana pi wang 1MDB? Tu jaa...bila orang tanya saya tak boleh jawab..."
"Hang tak boleh jawab mai aku jawab. Hang dok diam ja"..
Sebenarnya RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.
1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia. IPP terbesar adalah di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.
2) Membina 3 lagi loji kuasa baru;
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh
3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.
- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.
4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2
Tun Razak Exchange (TRX). Bila dah siap nanti kaum bumiputra dan rakyat dapat manfaat ekonomi jangka panjang
5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion
- Termasuk hubungan melalui 60-90 minit Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.
Projek keretapi laju Malaysia -Singapura mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat dan membangunkan ekonomi negara untuk jangka panjang.
6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b http://tinyurl.com/7eduhru
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.
http://www.airforce.gov.my/my-berita-induk/my-berita-utama/21-jan-14-timbalan-panglima-tentera-udara-tinjau-projek-pangkalan-udara-sendayan/
7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia
- Khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).
Projek perumahan rakyat mendapat pembiayaan 1MDB untuk keselesaan rakyat.
8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.
Projek TR1MA dibawah 1MDB untuk keselesaan pemandu dan penumpang selain meningkatkan ekonomi rakyat dan meningkat imej pengangkutan negara di mata pelancong.
9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.
- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.
Bolehkah dibandingkan sumbangan pada rakyat yang dilakukan oleh mana-mana SLC negeri Pakatan Rakyat?
Untuk membangunkan negara sejak dahulu kita terpaksa berhutang namun rekod negara kita mampu membayarnya.
Macam kita nak beli rumah dan kenderaan terpaksa berhutang tapi kita masih mampu bayar.
Yang penting kita perlu menjaga keamanan negara agar ekonomi sentiasa mantap dan semua rakyat gembira.
Tak perlu nak pening kepala pikir masalah negara, kerajaan tak suruh pun kita bayar hutang negara. Sama juga tak perlu pening kepala fikirkan hutang jiran tetangga, jaga hal sendiri.
Biar Bank Negara yang settle hutang negara kita teruskan bekerja cari rezeki halal dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Dalam perniagaan ada untung rugi. Tapi perangai pencacai time rugi bising, time untung tak nak bersyukur...dah bagi penerangan tak mau dengar plak.
Bila dah tahu fakta tak lah jadi kekal membangang sepanjang masa dok sibuk soal cari kesalahan orang lain.